Kita perlu mensyukuri tubuh badan kita kerana ia adalah anugerah Allah yang sangat bernilai kepada kita sebagai makhluk ciptaannya yang sempurna. Anggota badan kita mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.
HIDUNG
Hidung: untuk menghidu pelbagai bau-bauan seperti bau masakan,udara,bunga,durian dan lain-lain.Hidung juga untuk kita dapat mengesan sebarang keadaan yang bahaya atau tidak contohnya jika masakan hangit,wayar elektrik yang terbakar.Fungsi hidung juga supaya kita dapat menghidu bau masakan yang enak agar kita dapat menikmati makanan dengan baik dan berselera.Terdapat benda yang berbau dan tidak berbau antaranya kita boleh menghidu bau ayam,durian,sabun,bunga dan sebagainya.Manakala bau yang tidak boleh hidu ialah sikat,sudu,loceng dan kunci.
Kita perlu menjaga hidung dengan betul selalu membersihkan dengan baik dan betul seperti ketika selsema dan bersih,kita hendaklah membersihkan hidung dengan kain atau tisu dengan lembut.Selain itu,kita hendaklah menutup hidung ketika keadaan berhabuk dan berdebu agar tidak memasuki hidung.Jangan sesekali menghidu sebarang benda yang beracun seperti peluntur pakaian,racun tikus,dan sebagainya kerana ia memberi kesan kepada otak kita.Selain itu juga,kita tidak digalakkan untuk menggosok hidung dengan kuat ketika hidung merasa gatal dan selsema kerana akan mengakibatkan hidung menjadi luka.
MATA
MATA
Mata:Fungsi mata ialah untuk melihat alam semesta yang serba cantik dan unik ciptaan ilahi.Dengan adanya mata dapat kita melihat dan membezakan warna,dapat membaca dan menulis dengan baik,dapat melihat ibu-bapa,dapat melihat bangunan yang tinggidan sebagainya.
LIDAH
LIDAH
Lidah:Fungsi lidah untuk merasa pahit,manis,masin dan masam.Lidah memberitahu kita tentang pelbagai rasa sesuatu masakan kerana makanan mempunyai pelbagai rasa yang berbeza.
- Contoh rasa manis seperti ais krim,gula-gula
- Contoh rasa masin,garam,telur masin,dan kicap masin.
- Contoh rasa masam,lemon dan tomato
- Contoh rasa pahit ialah peria dan ubat
Kanak-kanak sedang makan
LATIHAN
sekian terima kasih .
No comments:
Post a Comment